PerMata yang dicaRi

Thursday, May 3, 2012

Sabarlah wahai hati....

khas untuk suami yang ku sayangi
miss u so much!!
 
Sabarlah wahai hati..
janganlah terlalu mementing diri,
ingatlah ALLAH yang hakiki,
pasti ada hikmah yang menanti...

Sabarlah wahai hati...
pujuklah mata jangan ditangisi,
kerana ujian menimpa diri,
menandakan ALLAH mengingati diri,..

Bukan sekejap semua ini, 
pasti akan datang lagi,
namun sama-samalah kita harungi,
agar rumah tangga lagi diberkati...

Wahai SUAMI yang ku rindui, 
walaupun jauh dimata namun dekat dihati,
ingatlah ALLAH ingatlah ISTERImu ini,
ku tunggu kepulanganmu setiap hari,

Wahai SUAMIKU yang ku cintai, 
doaku selalu agar kau sentiasa dilindungi,
bersama- sama sabar di duniawi ini, 
semoga di syurga kita kekal abadi....

Wahai KEKASIHKU yang ku sayangi...
dengarlah rintihan hati, 
ku ingin disampingmu setiap hari,
menemaniku dikala sepi, 
terubat luka dikala disakiti,
 menemani tidurku dimalam hari,

Hujan....Angin...sampaikan rindu ini.....
aku ingin menjadi isteri mithali,
itu janjiku yang pasti, 
bukan paksaan tapi realiti, 
menjadi bukti cinta abadi,
yang kekal hidup sebagai suami isteri.....

Sajak ni actualy sempena HEP buat hal sebab ada ceramah BTN hari Isnin 07/05/2012 dan ada kursus i-Think selama 2 hari 08-09 Mei ni....memang geram habis rasa....alhamdulillah juga ppa boleh balik awal kerja ...Plannya nak g Langkawi dlm 3 hari, 2 malam...dah jadi mcm ni, mybe 2 hari 1 mlam je pegi sbb g hari sabtu n ahad terus balik sbb hari isnin ada ceramah BTN 2....n Genting Highland kita g masa on d'way balik terengganu insyALLAH hari Rabu ptg ......semoga perancangan kali ini menjadi...INSYALLAH.....

No comments:

Post a Comment